Kematian Teoh Beng Hock Kontroversi_Suruhanjaya_Pencegahan_Rasuah_Malaysia

Kematian Teoh Beng Hock di Plaza Masalam, Shah Alam semasa SPRM sedang menyoal siasat beliau memberi buah keras kepada SPRM. Dikatakan belum pernah berlaku dalam sejarah, seseorang mati terjun bangunan ketika dalam sesi soal siasat SPRM. Selama ini hanya terdengar tentang kematian banduan di penjara dan lokap polis. [1]

Pakatan Rakyat mendapat kemenangan moral apabila hakim memutuskan pegawai penyiasat hanya boleh menyiasat dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 sahaja. Jika lebih masa , ia akan dianggap sebagai menyalahgunakan kuasa dan melanggar undang-undang. Keputusan hakim ini akan memberi refleksi kepada siasatan oleh pegawai polis, bomba, imigresen, pegawai perhutanan dan sebagainya.


Berkaitan